Dirasmi sultan, pesta buku Selangor buka tirai hari ini

1 Dec 2023 • 6:33 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

SHAH ALAM, 1 DIS: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor berkenan merasmikan Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2023 di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), di sini hari.

Keberangkatan Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dengan diiringi DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin disambut Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Datin Paduka Mastura Muhamad.

Pada majlis itu, Baginda turut menyampaikan plak penghargaan kepada lapan wakil program Selangor International Fellowship daripada Malaysia, Australia, Turkiye, Filipina, Azerbaijan, Indonesia, Korea Selatan dan Nepal.

Sultan Selangor kemudian menyampaikan Anugerah Ilustrasi Yusof Gajah kepada penerima Lim Lay Koon bagi kategori 18 tahun dan Nur Fatiha Alina Helmy (kategori 13-17 tahun) sebelum melawat rerurai pesta buku.

image is not available
Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan merasmikan Majlis perasmian Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2023 di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam pada 1 Disember 2023.Turut sama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

SIBF 2023 berlangsung mulai hari ini hingga 10 Disember di Pusat Konvensyen MBSA, dari 9 pagi hingga 9 malam.

Dianjurkan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, pelbagai aktiviti menarik termasuk cabutan bertuah, jualan buku dan diskaun menarik menanti pengunjung.

SIBF julung kali dianjurkan tahun lalu adalah kesinambungan daripada Pesta Buku Selangor yang dianjurkan selama 16 tahun sejak 2006.

image is not available
Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan melawat reruai ketika Majlis perasmian Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2023 di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam pada 1 Disember 2023.Turut sama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

image is not available
Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan melawat reruai ketika Majlis perasmian Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2023di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam pada 1 Disember 2023.Turut sama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

image is not available
Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan melawat reruai ketika Majlis perasmian Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2023 di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam pada 1 Disember 2023.Turut sama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI