Dirawat Di Wad Psikiatri Wanita Sejak 6 Julai 2022, Hospital Sibu Kini Sedang Cari Waris Roselind Mengga

3 Feb 2023 • 8:44 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Roselind Mengga dirawat di Wad Psikiatri Wanita sejak 6 Julai 2022

Dirawat Di Wad Psikiatri Wanita Sejak 6 Julai 2022, Hospital Sibu Kini Sedang Cari Waris Roselind Mengga. Dilaporkan Hospital Sibu sedang mencari waris pesakit bernama Roselind Mengga, 58 tahun, yang telah dirawat di Wad Psikiatri Wanita sejak 6 Julai 2022.

Difahamkan, pihak hospital telah cuba menghubungi warisnya untuk prosedur keluar tetapi hubungan telefon tidak dapat dihubungi.

image is not available
Dirawat Di Wad Psikiatri Wanita Sejak 6 Julai 2022, Hospital Sibu Kini Sedang Cari Waris Roselind Mengga

Sila maklumkan kepada pegawai Kerja Sosial Perubatan Hospital jika ada maklumat lanjut.

Menurut laporan, Roselind dipercayai mempunyai seorang saudara bernama Jacquelin.

Pihak pengurusan hospital menggesa sesiapa yang mengenali mana-mana ahli keluarganya agar memaklumkan kepada pegawai Kerja Sosial Perubatan Hospital Sibu, Naimi Mohd Nawawi, di talian 084-343333 (sambungan 7307) pada waktu pejabat pada hari Isnin hingga Jumaat.

image is not available
Gambar sekadar hiasan. Kredit: Astro Awani

Lagi di sini:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved