Dirawat Di Zon Kritikal, Ezzanie Jasny Kongsi Perkembangan Terkini Selepas Kemalangan

LocalEntertainment
15 Jan 2026 • 4:11 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pelakon Ezzanie Jasny tampil berkongsi keadaan dirinya selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya bersama ibu bapanya pada Ahad lalu.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Ezzanie atau nama penuhnya Nur Ezzanie Sherazade Jasni memaklumkan bahawa dia terpaksa dirawat di zon kritikal sepanjang malam akibat kecederaan yang dialaminya. Bagaimanapun, beliau bersyukur apabila ibu bapanya hanya mengalami kecederaan ringan.

Advertisement
View this post on Instagram

“Saya hanya mahu menjelaskan apa yang berlaku berkaitan kemalangan itu. Saya terlibat dalam kemalangan kereta bersama ibu bapa saya. Alhamdulilah, mereka sihat walafiat dan hanya mengalami sedikit lebam di lengan dan kaki.”

“Saya yang paling teruk terjejas. Saya duduk di belakang pemandu, dan saya tidak pasti sama ada saya terlanggar tingkap di sebelah kanan saya atau tercampak ke kawasan tali pinggang keledar. Disebabkan itu, saya dirawat di zon kritikal (merah) sepanjang malam,” kongsinya.

Pelakon drama Impiana: Karma itu turut mendedahkan dia mengalami bengkak pada wajah serta pendarahan di sekitar kawasan tengkorak. Namun begitu, Ezzanie percaya setiap kejadian yang berlaku pasti mempunyai hikmah tersendiri.

View this post on Instagram

“Alhamdulillah, semuanya telah reda. Saya kini sudah sedar sepenuhnya, dan boleh berjalan semula. Kaki saya berfungsi dengan baik walaupun bengkak di muka saya masih datang dan pergi.”

“Saya mengalami pendarahan di sekitar kawasan tengkorak, tetapi saya bersyukur dengan bagaimana semua berlaku setakat ini.”

“Saya juga sepatutnya pergi melancong selama sebulan di London, tetapi mungkin ada hikmah mengapa semua ini berlaku. Mungkin jika kemalangan ini tidak berlaku, sesuatu yang lebih buruk mungkin berlaku semasa saya berada di sana,” tambahnya.

Perkongsian tersebut mengundang rasa lega dalam kalangan peminat yang mendoakan agar Ezzanie segera pulih sepenuhnya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2026-01-15 14:15:04

Konsert Ibu Mentua Dianggap 'Boring', Izara Aishah Beri Respon - "Stadium Penuh 67,000 Orang Berbanding.."

The post Dirawat Di Zon Kritikal, Ezzanie Jasny Kongsi Perkembangan Terkini Selepas Kemalangan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.