Direka Jenama Tempatan, Jersi Baharu Pasukan Kebangsaan Indonesia Curi Tumpuan

LocalFootball
24 Jan 2025 • 11:18 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Direka Jenama Tempatan, Jersi Baharu Pasukan Kebangsaan Indonesia Curi Tumpuan

Indonesia — Pasukan bola sepak kebangsaan Indonesia secara rasmi melancarkan jersi baharu mereka dengan tema “Indonesia Pusaka”. Jersi tersebut menampilkan reka bentuk yang mencerminkan kekayaan warisan budaya dan semangat nasionalisme Indonesia, lapor Kompas.

Penampilan penuh jersi ini dikongsi oleh jenama tempatan, Erspo di laman Instagram jenama tersebut pada Khamis.

Reka bentuk jersi baharu ini menggabungkan elemen tradisional dengan sentuhan moden, serta menonjolkan motif khas melambangkan kepelbagaian budaya Indonesia. Warna merah dan putih melambangkan bendera negara manakala selitan corak etnik mencerminkan keunikan setiap suku di sana.

image is not available
Kredit: Erspo Official

Jersi ini dirancang untuk digunakan dalam perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Asia pada Mac 2025.

Indonesia dijadualkan bertembung Asutralia pada 20 Mac manakala Bahrain pada 25 Mac nanti.

Selain reka bentuk yang berbeza termasuk penggunaan kolar pada jersi tersebut, logo Garuda turut diperbaharui. Menerusi rekaan baharu ini, beberapa elemen utama diketengahkan iaitu gunung, bunga edelweiss dan lambang Garuda.

Tambahan lagi, penggunaan huruf dan nombor pada jersi baharu skuad Garuda turut mempamerkan kesan classy dan bergaya.

image is not available
Kredit: Erspo Official

“Berikutan inspirasi di sebalik rekaan keseluruhan jersi pasukan kebangsaan Indonesia yang terbaharu, reka bentuk muka taip yang digunakan juga dibuat bagi menunjukkan tema ‘Indonesia Pusaka’.

“Lengkungan tajam pada hujung huruf dibuat menyerupai paruh Garuda. Manakala terdapat lengkungan di beberapa huruf turut diilhamkan daripada sayap dan jambul Garuda. Ini bagi menunjukkan huruf-huruf tersebut tidak hanya berfungsi sebagai huruf, malah dipenuhi makna tersirat di sebaliknya,” kongsi Erspo di laman Instagram.

Menerusi muat naik tersebut, beberapa pemain pasukan kebangsaan Indonesia, Ragnar Oratmangoen, Thom Haye, Calvin Verdonk, Mees Hilgers, Sandy Walsh, dan Shayne Pattynama dilihat bergaya dengan jersi baharu itu.

https://www.instagram.com/reel/DFKgcRKCnsz/?utm_source=ig_web_copy_link&igsh=MzRlODBiNWFlZA==

Sumber: Kompas

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved