Disahkan hidap kanser tahap empat, Lan Zailan mahu lawan penyakit tanpa kemoterapi

LocalEntertainment
5 Dec 2024 • 7:47 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Lan Zailan akui terkejut apabila disahkan hidap kanser tahap empat, lebih-lebih lagi dimaklumkan jangka hayatnya dianggarkan tiga bulan sahaja lagi.

Lan bagaimanapun reda menerima takdir dirinya menghidap kanser pancreas tahap empat dan sudah merebak ke bahagian organ dalaman lain.

Ketika ditemubual mStar, isterinya iaitu Ruby Sara Omar berkata, aktor berusia 66 tahun itu memilih untuk kekal positif dan tidak putus semangat melawan penyakitnya.

“Mula-mula dia agak terkejut tapi dia yakin boleh laluinya. Saya nampak abang (Lan Zailan) kuatlah.
“Ketika itu, saya pegang tangan dia beritahu untuk sama-sama kuat lawan kanser ini,”katanya.

image is not available

Lan Zailan disahkan hidap kanser tahap empat

Ruby Sara berkata, meskipun dia sedih dengan nasib menimpa suaminya, namun dirinya tidak boleh menunjukkan perasaan itu.

“Sedih memang sedih tapi saya tak nak dia lebih kecewa. Jadi saya kawal sedih saya dengan sebaiknya,” katanya ketika ditemui di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur, hari ini.

Kongsinya, Lan yang mula dikenali menerusi filem ‘Suami, Isteri dan…..?’ bersedia menerima pelbagai rawatan lain selain kemoterapi.

image is not available

Namun keputusan itu akan dibuat pada Jumaat ini selepas doktor berbincang lanjut bersama anak- anaknya.

“Bila tahap empat ini doktor tak sarankan untuk lakukan pembedahan dan mengambil ubat kerana tidak membantu.
“Tapi Lan dah cakap tak nak buat kemoterapi sebab dia nak melawan sendiri. Dia takut keadaan badan dia akan menjadi lebih lemah dan mudah dapat penyakit lain.

image is not available

“Kemoterapi pun sekadar mengawal sel kanser bukannya untuk menyembuhkan tapi segala keputusan akan di buat Jumaat ini selepas anak-anak berbincang dengan doktor,” katanya lagi.

Ruby berkata, ketika ini suaminya tidak mempunyai selera akan seperti biasa, namun hanya boleh makan buah pear sahaja.

“Dia bukan jenis pemakan, bila tanya nak makan apa dia hanya minta buah pear. Kalau makanan lain hanya sesuap dua sahaja.
“Setiap kali makan kena pujuk macam budak-budak,” ujarnya.

Sumber: mStar Online (Maszuhaira Sarimin)