Disaman Datin Seri Rosmah, Harith Iskander Beri Respon Susulan Kes ‘Body Shaming’

LocalEntertainment
15 Jul 2026 • 4:35 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pelawak dan pelakon Harith Iskander memilih untuk tidak mengulas panjang berhubung saman yang difailkan terhadapnya oleh isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Harith atau nama sebenarnya Harith Iskander Omar, 60, berkata dia tidak dapat memberikan sebarang kenyataan kerana kes tersebut masih dalam proses mahkamah.

Advertisement
View this post on Instagram

“Oleh kerana kes ini sedang dalam proses mahkamah, saya tidak dapat memberi sebarang komen buat masa ini.”

“Minta maaf ya,” katanya ketika dihubungi mStar pada Selasa.

Terdahulu, Rosmah dilaporkan memfailkan saman pada 9 Jun lalu dengan mendakwa Harith menghina rupa paras dan fizikalnya menerusi persembahan komedi Harith Iskander: The Outspoken Comedy Tour di Melaka pada Januari lalu.

Menurut Rosmah, Harith didakwa sengaja mencemarkan reputasinya apabila memaparkan imej makhluk halus sebelum memaparkan gambarnya ketika membuat persembahan.

Rosmah Mansur Saman Harith Iskander Isu ‘Body Shaming’ Ketika Persembahan Komedi – “Jahat, Hodoh & Menjijikkan”

Rosmah turut mendakwa Harith terlebih dahulu memberitahu penonton bahawa sesiapa yang melihat cermin pandang belakang ketika memandu di jalan gelap akan “melihat sesuatu yang menakutkan”, sebelum imejnya dipaparkan.

Menurut beliau, tindakan itu secara jelas menggambarkan dirinya sebagai sesuatu yang menakutkan serta mengaitkannya dengan makhluk halus.

Sehubungan itu, Rosmah menuntut Harith membuat permohonan maaf tanpa syarat selain menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan.

Dalam pernyataan pembelaannya, Harith bagaimanapun menafikan persembahan tersebut dibuat dengan niat jahat atau berunsur fitnah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: Disaman Datin Seri Rosmah, Harith Iskander Beri Respon Susulan Kes ‘Body Shaming’2026-07-14 14:17:40

Rosmah Mansur Saman Harith Iskander Isu 'Body Shaming' Ketika Persembahan Komedi - "Jahat, Hodoh & Menjijikkan"

The post Disaman Datin Seri Rosmah, Harith Iskander Beri Respon Susulan Kes ‘Body Shaming’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved