Disambung reman 5 hari, Hafizul Hawari akui masih sayangkan isteri

22 Apr 2024 • 10:18 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Suspek lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 iaitu Hafizul Hawari akui masih sayangkan isteri.

Memetik laporan Berita Harian, lelaki berusia 38 tahun itu berkata demikian ketika dalam perjalanan masuk ke Mahkamah Majistret Kota Bharu.

Hafizul Hawari akui masih sayangkan isteri

image is not available

Sementara itu, lelaki berkenaan berulang kali menyatakan dia sayang kepada isterinya disamping sempat memberi salam dan berterima kasih kepada pihak media.

“Assalamualaikum, saya masih menyayangi isteri saya, Farah Md Isa. Terima kasih,” katanya.

image is not available

Hafizul yang tiba di Mahkamah Majistret Kota Bharu dengan memakai baju lokap dan dikawal ketat oleh polis datang ke mahkamah untuk permohonan sambung reman.

Proses sambung reman terhadap Hafizul adalah bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Sekadar info, reman terhadap Hafizul akan disambung selama lima hari bermula pada esok (23 April) sehingga Sabut iaitu pada 27 April.

image is not available

Terdahulu, Hafizul telah melepaskan tembakan terhadap isterinya, Farah Md Isa pada 14 April lalu dan dipercayai melarikan diri ke utara.

Bagaimanapun, isteri Hafizul terselamat daripada tembakan namun ia terkena pengawal peribadinya, Muhammad Nur Hadith Zaini dan mangsa berada dalam keadaan kritikal.

image is not available

Selepas 24 jam melarikan diri, Hafizul akhirnya berjaya diberkas polis di hadapan sebuah hospital swasta di Jalan Bayam pada 15 April lepas.

Terbaharu, pengawal peribadi yang cedera parah, Muhammad Nur Hadith telah pun sedarkan diri dan pihak hospital telah memberhentikan pemakaian alat bantuan pernafasan.

Sumber: Berita Harian (Nor Fazlina Abdul)