Disangka Babi Hutan, Lelaki Maut Ditembak Rakan Sendiri Semasa Berburu Di Padawan

28 Aug 2022 • 3:16 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Ekspedisi bertukar tragedi

Disangka Babi Hutan, Lelaki Maut Ditembak Rakan Sendiri Semasa Berburu Di Padawan. Hutan cukup sinonim dengan kawasan berburu, bukan hanya diduduki manusia pada zaman dahulu malah merupakan sebuah rumah untuk binatang buas.

Namun berlaku suatu tragedi apabila seorang pesara tentera maut dipercayai ditembak rakan sendiri sewaktu berburu di kawasan hutan Kampung Giam, Padawan.

Lapor media tempatan, mangsa berusia 64 tahun itu meninggal dunia di lokasi dengan beberapa kesan tembakan pada badan dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari.

image is not available
Disangka Babi Hutan, Lelaki Maut Ditembak Rakan Sendiri Semasa Berburu Di Padawan

Kronologi kejadian tembak rakan sendiri

Sebelum kejadian, kira-kira jam 8 pagi mangsa bersama adik dan dua rakannya masuk ke kawasan hutan Kampung Giam untuk memburu babi hutan dengan bantuan anjing.

Sekitar jam 11.45 pagi, tembakan dilepaskan pada jarak lebih kurang 20 meter selepas salah seorang daripada mereka mengesan pergerakan binatang seperti babi hutan.

image is not available
Gambar hiasan

Rakan mangsa lalu melepaskan tembakan kedua selepas melihat binatang itu seperti mahu melarikan diri dan setelah diperiksa dia mendapati yang ditembak adalah rakan sendiri.

Seksyen 304 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960

Menurut Ketua Polis Daerah Padawan, Superitendan Abang Zainal Abidin Abang ahmad, rakan mangsa yang berburu bersama iaitu tiga lelaki masing-masing berumur 59, 70 dan 80 tahun ditahan untuk tindakan lanjut.

image is not available
Ibu Pejabat Polis Daerah Padawan. Kredit foto: FB IPD Padawan

Polis turut merampas selaras senapang patah, dua kelongsong peluru, satu butir pelur, sebuah buku kebenaran membawa dan menggunakan senjata api serta lesen senjata api.

Suspek ditahan dan kes disiasat di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.

image is not available
Berburu di hutan. Kredit foto: Detik

Sebenarnya, kes sebegini bukan sekali dua malah sudah sering kita lihat berlaku di negara ini terutamanya melibatkan aktiviti berburu dan penggunaan senjata api.

Selain berburu, apa kata kita try aktiviti memancing di Selalang ni: