Disangka Bakal Tunai Umrah Dengan Aliff Aziz, Ruhainies Bersuara – “Fikiran Korang Sangat Negatif, Mudah Dapat Dosa Kering”

Entertainment
29 Mar 2024 • 2:48 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon Ruhainies tampil menyelar pihak yang salah faham dan menularkan videonya di semua platform media sosial sehingga mengundangkan fitnah.

Terdahulu, aktres berusia 31 tahun itu telah memuat naik video di Instagram story memaparkan dirinya memakai serba putih dan begitu juga aktor Aliff Aziz.

Ia sekaligus mengundang tanda tanya sama ada Ruhainies dan Aliff bakal berangkat untuk menunaikan umrah apatah lagi video itu dirakam di lapangan terbang.

 

Bukti mentaliti teruk

Menerusi story yang berbeza dimuat naik oleh Ruhainies beberapa minit kemudian, dia mengkritik semua pihak yang menularkan video itu kerana menimbulkan fitnah.

Tak sampai 15 minit video tu dah viral. Ia menunjukkan betapa teruknya mentaliti kita. Fikiran korang penuh dengan perkara negatif.

 

Mudahnya manusia dapat dosa kering

Jelas Ruhainies, video tersebut dirakam ketika penggambaran dan mereka berdua bersama semua kru produksi sedang berdoa sebelum mula bekerja.

Dunia ini dah terlalu tenat dan penuh dengan fitnah. Kru di mana mana, ada walkie talkie. Dan semua tahu kami masih dalam penggambaran drama. Dengan mudahnya manusia sekarang dapat dosa kering.

Dalam pada itu, Ruhainies turut mengambil kesempatan untuk menasihati masyarakat agar menjaga lisan terutamanya pada hari Jumaat dan di bulan Ramadan.

image is not available

image is not available 6 days ago

Muat Naik Foto Terbaring Sambil Berwayar Di Bahagian Badan, Ruhainies Masuk Hospital?