Disangka doakan kematian Hadi Awang, Zaki Yamani kena ‘sound’ bapa

2 Jul 2023 • 2:24 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Selebriti yang juga anak kepada penyanyi terkenal negara, Datuk Jamal Abdillah iaitu Zaki Yamani memaklumkan yang dia menjadi ‘mangsa’ salah faham sesetengah pihak berikutan tular satu ciapan kontroversi melibatkan ahli politik negara.

Bapa marah sebab ciapan tular

Ujarnya, perkongsian seorang pengguna Twitter yang mendoakan kematian Presiden Parti Islam Se-Malaysia, Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah mengakibatkan dia dimarahi bapa kerana menyangka individu tersebut adalah dirinya memandangkan nama mereka hampir sama.

image is not available

Hidup tiba2 jadi huru-hara pula

Ujarnya, disebabkan perkara tersebut, kehidupannya sejak ciapan berkenaan tular sedikit huru hara dan bertanyakan kembali kepada lelaki itu siapakah yang akan bertanggungjawab selepas dirinya dimarahi hanya disebabkan kesalahan yang bukan dilakukannya.

Tegaskan bukan dirinya buat ciapan

Justeru itu, dia menegaskan bahawa individu yang memuat naik ciapan mendoakan Hadi Awang meninggal dunia bukanlah dirinya di Twitter selepas Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menggesa individu tersebut membuat permohonan maaf dengan kadar segera.

 

image is not available

Tak pasal2 bapa ‘sekolahkan’ pagi2 kan dik

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang berasa kasihan dengan Zaki Yamani atau nama sebenarnya, Ahmad Zaki Yamani bin Jamal Ubaidillah diatas salah faham tersebut.

Mereka juga berseloroh meminta agar bapanya, Datuk Jamal supaya menyiasat terlebih dahulu sebelum menegur anaknya yang hanya mempunyai nama hampir sama dengan individu tersebut.

image is not available

Baba tak baca Twitter agaknya tu

image is not available

Punca sebab pakcik tu la

image is not available

Rupanya memang ada yang ingat Zaki yang ni

image is not available

Untuk info, Tan Sri Haji Abdul Hadi Awang difahamkan sedang dirawat di hospital selepas dikhabarkan mengalami kemerosotan kesihatan.

Walaupun sebelum ini beliau ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), namun pagi tadi beliau dimaklumkan telah dipindahkan ke wad biasa dan kesihatannya kembali stabil.

Sumber: Instagram Zaki Yamani, Twitter Anwar Ibrahim