Disangka Makhluk Asing Menyeramkan, Rupanya Ini Muka Sebenar Semut Dirakam Dari Jarak Dekat

22 Oct 2022 • 4:41 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Disangka Makhluk Asing Menyeramkan, Rupanya Ini Muka Sebenar Semut Dirakam Dari Jarak Dekat

Terdapat banyak perkara di dunia ini yang kita dapat lihat dengan mata kasar dan kadang-kadang kita memerlukan bantuan alat tertentu untuk melihat keunikan sesuatu perkara dengan lebih terperinci.

Baru-baru ini Nikon telah menganjurkan pertandingan Fotomikrografi Dunia Kecil Nikon 2022 dan pertandingan ini untuk meraikan seni fotografi mikroskop yang membolehkan orang ramai menangkap butiran yang tidak dapat dilihat oleh mata manusia.

Salah satu gambar yang menarik perhatian orang ramai adalah foto yang merupai makhluk asing rekaan seperti dalam filem-filem fiksen tetapi ianya hanyalah rupa semut yang di ambil secara dekat dengan menggunkan kanta pembesar.

Gambar muka semut itu telah diserahkan kepada pertandingan Fotomikrografi Dunia Kecil Nikon 2022 oleh jurugambar hidupan liar Lithuania, Eugenijus Kavaliauskas.

image is not available
Kredit: Nikon Small World

Imej semut tersebut telah menarik perhatian di media sosial, mungkin disebabkan rupanya yang menyeramkan. Walaupun imej berkenaan boleh dikatakan adalah foto yang paling mencuri tumpuan dalam pertandingan tersebut, namun Kavaliauskas hanya mendapat tempat kedua.

Pemenang tempat pertama di menangi oleh Grigorii Timin dari Universiti Geneva yang telah mengambil imej tangan embrio tokek Madagascar.

image is not available
Kredit: Nikon small world

Seterusnya, Nikon turut dianugerahkan hadiah ‘Image of Distinction’ tahun ini kerana telah mempamerkan gambar-gambar yang unik oleh jurugambar yang mempunyai bakat luar biasa dan menarik perhatian orang ramai tentang sesuatu benda yang kita tidak dapat lihat dengan mata kasar.