Disangka Meninggal Dunia, Satu Kampung Terkejut Apabila Wanita Ini Tiba-Tiba Balik Rumah

25 Sep 2022 • 6:48 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Majlis pengebumian juga telah dilakukan.

Disangka Meninggal Dunia, Satu Kampung Terkejut Apabila Wanita Ini Tiba-Tiba Balik Rumah. Kejadian aneh ini berlaku di Guduvancherry, India apabila seorang wanita ini balik ke kampungnya dan telah mengejutkan semua orang dengan ketibaannya.

S Chandra yang merupakan warga emas berusia 72 tahun itu dilaporkan berjalan kaki membawa bagasi besar menuju ke rumahnya dan telah membuatkan seluruh penduduk kampung terkejut.

image is not available
Disangka Meninggal Dunia, Satu Kampung Terkejut Apabila Wanita Ini Tiba-Tiba Balik Rumah. Kredit gambar: Times of India

Disangka maut dalam kemalangan kereta api

Wanita tersebut disangka telah meninggal dunia akibat kemalangan kereta api dan anaknya pula telah mengesahkan kematian ibunya itu.

Chandra yang merupakan penduduk di Ambedkar Nagar dan tinggal bersama anak lelakinya, Vadivelu, berusia 48 tahun, selepas kematian suaminya 10 tahun lalu.

image is not available
Kredit gambar: Times of India

Pengebumiannya telah dibuat

Warga emas itu juga terkejut apabila dia balik ke rumahnya dan melihat namanya tertulis di dalam sebuah notis yang mengatakan dia sudah meninggal dunia dan pengebumian juga telah dilakukan oleh keluarganya.

Chandara juga dilaporkan sering mengunjungi kuil Hanumanthapuram di Singaperumal Koil sekitar 22 kilometer dari rumahnya.

Pada Isnin lalu, dia sudah memaklumkan ahli keluarga yang lain untuk mengunjungi kuil berkenaan namun memutuskan untuk pergi ke beberapa kuil lain selepas itu. Pada hari Khamis pula, polis kemudiannya telah menerima aduan mengenai kemalangan di stesen kereta api yang melibatkan seorang warga emas.

Baca lagi cerita aneh di sini: