Disangka Meninggal Ketika Solat, Forensik Terkejut Rupanya Lelaki Tertidur Akibat Penat

31 Jul 2023 • 3:28 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan seorang lelaki dari Indonesia yang disangka meninggal dunia ketika sedang sujud di sebuah surau hospital.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna @ibnumurtii di laman TikToknya, kelihatan ahli forensik sedang memeriksa keadaan lelaki tersebut.

Ketika salah seorang daripada mereka memegang lelaki tersebut, badannya bergerak dan dia kemudian bangun daripada posisi sujud dalam keadaan mengantuk.

Difahamkan, kejadian itu berlaku di sebuah surau yang disediakan oleh pihak hospital dan lelaki itu sebenarnya bersujud hampir 30 minit kerana tertidur akibat terlalu letih selepas menjaga saudara yang sakit di hospital berkenaan.

image is not available
image is not available

Ramai mendoakan urusan lelaki terbabit dipermudahkan selalu

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar urusan lelaki tersebut dipermudahkan selalu dan dilindungi Allah sentiasa.

image is not available image is not available image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved