Disangka Serbuk Pencuci, Rupanya Syabu Bernilai RM 3.36 Juta Diseludup Ke Sabah

30 Jul 2023 • 3:46 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Syabu dalam bungkusan serbuk pencuci

Disangka Serbuk Pencuci, Rupanya Syabu Bernilai RM 3.36 Juta Diseludup Ke Sabah. Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas lebih 100 kilogram dadah jenis syabu yang disembunyikan dalam bungkusan serbuk pencuci dianggarkan bernilai RM3.36 juta di Pelabuhan Sepanggar, di sini, Rabu lalu.

Rampasan kira-kira 5 petang itu dilakukan pegawai dan anggota JKDM dari Cawangan Narkotik, Unit Operasi Penguatkuasaan, Pasukan Tempur Operasi Medan Kastam (COBRA) Sabah.

image is not available
Disangka Serbuk Pencuci, Rupanya Syabu Bernilai RM 3.36 Juta Diseludup Ke Sabah. Kredit: Harian Metro

Ketua Pengarah JKDM, Datuk Zazuli Johan berkata, ia adalah rampasan terbesar di Sabah, dan dilakukan hasil maklumat risikan sebelum membuat serbuan dan pemeriksaan ke atas sebuah kontena yang tiba dari Pelabuhan Klang, Selangor.

Katanya, kontena berkenaan mengandungi barangan campur dan hasil pemeriksaan rapi ke atas kontena itu, pasukan serbuan menemui sembilan kotak disyaki mengandungi dadah.

“Pemeriksaan lanjut ke atas sembilan kotak itu menemui sejumlah dadah jenis methamphetamine atau syabu dengan anggaran berat kasar 101.951 kilogram dianggarkan bernilai RM3,364,383,” katanya pada sidang media di Wisma Penguatkuasaan, Sepanggar, di sini, hari ini.

image is not available

Zazuli berkata, semua syabu yang ditemui dibungkus menggunakan pembungkus serbuk pencuci.

“Selain dadah, kotak berkenaan juga mengandungi serbuk pencuci dipercayai bertujuan mengaburi pihak berkuasa.

“Tiada tangkapan dibuat, namun usaha mengesan pengirim atau penerima sedang dilakukan berdasarkan alamat yang tertera iaitu di sebuah kondominium di Likas,” katanya.

image is not available

Zazuli berkata, modus operandi bagi kes ini adalah mengedarkan dadah menggunakan kontena dan memasukkan dalam bungkusan serbuk pencuci dan dagangan diikrar sebagai serbuk cucian.

“Seterusnya barangan akan dicampur dengan barang lain dalam kontena ‘Less than Container-Load’ (LCL),” katanya.

Katanya, kes sedang disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan sabit kesalahan, boleh dihukum mati mandatori atau penjara seumur hidup.

Baca lagi artikel menarik: