Discord Berhentikan Ratusan Pekerja

TechnologyDigital
12 Jan 2024 • 8:38 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Discord dilaporkan telah memberhentikan sehingga 17% tenaga kerja dalam pelbagai jabatan dan pasukan. Jumlah itu dianggarkan bersamaan 170 pekerja dan pemberitahuan itu dimaklumkan menerusi memo dalaman syarikat berkenaan.

image is not available

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Discord, Jason Citron dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu adalah sebahagian daripada usaha Discord untuk meningkatkan kecekapannya. Beliau menambah syarikat itu perlu meningkatkan fokusnya serta perbaiki cara ia bekerjasama secara dalaman. Tetapi tidak pula berkongsi lanjut sebarang perancangan untuk strategi khusus yang akan dilaksanakan kelak.

Kesemua pekerja yang diberhentikan diberikan pampasan yang termasuk bayaran gaji selama lima bulan dan akses kepada perkhidmatan kesihatan sehingga penghujung tahun ini. Bagaimanapun difahamkan bahawa pemberhentian itu bukanlah kali pertama terjadi. Malah sudah dibuat sejak Ogos tahun lalu yang melibatkan 4% tenaga pekerja yang diberhentikan.

  • Info
  • Sumber – CNBC

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved