Discovery City Ialah Bandar Futuristik Lestari Rekaan Zaha Hadid Di Johor

TechnologyDigital
26 Aug 2024 • 2:44 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Johor pada ketika sedang mengalami era kemajuan teknologi selepas beberapa pelaburan besar dilakukan oleh syarikat global seperti NVIDIA. Dengan terbentuknya Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) tahun lalu, semakin banyak pembangunan berasaskan teknologi akan diumumkan. Terkini Discovery City telah diumumkan oleh firma Zaha Hadid Architects dengan ia akan menjadi sebuah hab teknologi yang lestari.

image is not available

Discovery City akan dibina di dalam kawasan seluas 582 ekar di dalam Ibrahim Technolopolis (IBTEC) seluas 7290 ekar. Ini adalah projek pertama firma terkemuka Zaha Hadid Architects di Malaysia yang mempunyai reputasi membina bangunan yang bukan sahaja futuristik tetapi memberikan tumpuan kepada pembangunan yang lestari.

IBTEC ialah bandaraya berbentuk bulat dengan nilai pembangunan kasar (GDV) mencecah RM27 bilion apabila siap kelak. Kerana statusnya di bawah JS-SEZ, perjalanan pekerja dari Johor dan Singapura akan menjadi lebih mudah menggunakan sistem kod QR sekaligus menyelesaikan kesesakan yang dialami sekarang apabila menyeberangi tambak.

image is not available

Projek akan melibatkan JLand Group Sdn Bhd sementara HIJJAS Architects and Planners menjadi arkitek projek tempatan dan AJM-Planning and Urban Design Group Sdn Bhd (APUDG) pula menjadi perancang induk tempatan

Tarikh bila projek Discovery City akan dimulakan dan dijangka siap masih belum diumumkan pada ketika ini.