Disebabkan hutang, pereka fesyen tak sangka diserang jurukamera dianggap adik

LocalEntertainment
9 Jan 2025 • 5:29 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
tak sangka diserang jurukamera

Pereka fesyen, Razman Razmi tak sangka diserang jurukamera yang sudah dianggap seperti adik disebabkan hutang berjumlah RM20,000 berkaitan penjualan kereta yang dilakukan sekitar tahun 2019.

Memetik laporan dari Mstar, Razman, 53 menyatakan mereka tidak sangka dipukul oleh jurukamera tersebut dikhalayak ramai sedangkan mereka sudah lama saling mengenali.

image is not available

Pereka fesyen tak sangka diserang jurukamera ketika di sebuah acara

Difahamkan, pereka fesyen terbabit telah mengalami kecederaan di bahagian muka selepas diserang menggunakan lensa kamera pada satu acara di Petaling Jaya.

Ujar mereka, tindakan yang dilakukan jurukamera terbabit berkemungkinan disebabkan isu pembelian kereta antara mereka yang berlaku beberapa tahun lalu.

“Dia ada membeli kereta milik Razmi dan kemudian hanya menggunakanya dalam tempoh seminggu lebih sahaja. Katanya kereta itu rosak dan dia tinggalkan di tepi jalan. Dia minta kembali jumlah RM20,000 dari pembelian kereta itu,” ujarnya.

image is not available

Tak sangka diserang jurukamera, akui memang berhutang tapi…

Jelas Razman lagi, mereka mengaku bahawa masih belum menyelesaikan lagi hutang tersebut namun sudah membayar sekitar RM6,000 dari jumlah sebenar.

Tambahnya, dia pernah meminta untuk membayar wang tersebut sedikit demi sedikit dan jurukamera terbabit boleh sahaja mencari mereka untuk meminta baki wang tersebut.

“Benar jumlah tersebut masih belum kami selesaikan. Anggaran sehingga kini kami telah membayar dia dengan jumlah RM6,000.

“Tetapi kami tidak pernah lari. Dia boleh sahaja cari kami dan minta duit. Malah sebelum ini jika dia minta kami akan bayar sedikit demi sedikit. Kami juga berikan wang apabila dia mengadu tentang masalah kewangan,” katanya.

Sudah anggap jurukamera itu seperti adik sendiri

Dalam pada itu, dia memaklumkan jurukamera tersebut sudah dianggap sebagai adik dan tak sangka diserang sehingga mengalami kecederaan.

“Kami sudah lama kenal dia dan banyak beri peluang untuk dia bekerjasama dengan ramai selebriti. Dia seorang yang baik dan tak pernah tinggal solat.

“Kami anggap dia seperti seorang adik. Kami bimbang kes ini akan beri kesan kepada perniagaannya

“Saya pun tidak tahu kenapa dia boleh menyerang sebegitu. Memang rasa terkejut ketika kejadian dan saya tidak sedar apa yang berlaku selepas itu.

“Sekarang ini saya serahkan semuanya kepada pihak polis. Kami akan teruskan dengan laporan yang telah dibuat. Kejadian itu saya anggap sebagai satu aniaya kerana dia sasarkan ke bahagian muka yang menyebabkan kesan jangka panjang,” jelasnya.

image is not available

Walau bagaimanapun, dia mengakui berasa kasihan dengan individu tersebut kerana bimbang akan menjejaskan kerjaya serta perniagaannya berikutan kejadian ini.

Difahamkan, duo pereka fesyen tersebut telah membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan dan jurukamera itu telah ditahan bagi membantu siasatan.

Sumber: Mstar (Farol Hadi)