Diseret Hampir 300 Meter, Kanak-Kanak 6 Tahun Alami Kerosakan Saraf & PTSD

27 Sep 2022 • 9:07 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Diseret hampir 300 meter, kanak-kanak 6 tahun mengalami kerosakan saraf dan PTSD serta pemandu bas dihadapkan ke mahkamah.

Seorang pemandu bas dihadapkan ke mahkamah selepas dia dipercayai menyeret seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang tersepit di bahagian pintu bas menerusi video dari salah satu kamera rakaman litar tertutup (CCTV) yang tular.

Menerusi rakaman tersebut, mangsa dilihat cuba turun daripada bas sebelum beg galasnya tersangkut pada bahagian pintu kemudian diseret hingga 300 meter tanpa disedari oleh pemandu bas sekolah tersebut.

Memetik akhbar berita Complex, dia cuba untuk melepaskan diri tetapi tidak berjaya kerana pemandu bas terus bergerak dari tempat hentian tersebut hanya beberapa saat selepas itu. Difahamkan, pemandu bas tidak menyedari akan hal tersebut setelah menyeret mangsa hingga hampir 300 meter.

Dalam pada itu, video rakaman tersebut juga jelas menunjukkan salah seorang pelajar lain yang berada di dalam bas dan berdiri tepat di sebelah pemandu. Tindakan pelajar tersebut telah menghalang penglihatan pemandu bas untuk menyedari kejadian itu.

Di samping itu juga, barang-barang yang dilihat di atas dashboard kenderaan itu juga merupakan salah satu halangan kepada penglihatan pemandu hingga kereta lain sempat membunyikan hon kepadanya sebelum dia menyedari akan hal tersebut.

Disebabkan oleh insiden tersebut, kanak-kanak tersebut telah mengalami kerosakan saraf dan juga PostTraumatic Stress Disorder ( PTSD) serta telah menjalani beberapa pembedahan untuk merawat kecederaan tersebut.

View Original Article