Disindir rumah tidak siap, pemuda pulangkan wang derma RM10

25 Jul 2024 • 9:10 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Rumah yang dibina Muhammad Ridzuan sejak enam tahun lalu.

image is not available
Muhammad Ridzuan bersama anak-anaknya.

PUTRAJAYA - Kesal disindir kerana pembinaan rumah belum siap, seorang pemuda mengembalikan semula RM10 yang pernah didermakan kepadanya untuk membina rumah di Besut, Terengganu.

Peniaga nasi lemak, Muhammad Ridzuan Ramli berkata, dia kesal dengan tindakan penderma terbabit seolah-olah menghulurkan bantuan RM10,000 untuk meringankan beban rumah yang yang dibinanya sejak tahun 2018.

"Semalam pergi mesin rumput itu ini untuk sambung sikit-sikit. Buat lantai dulu sebab tak mahu pokok tumbuh balik," katanya.

Menurutnya, semasa tempoh pembinaan, ramai yang menghulurkan sumbangan termasuk penderma RM10 tersebut.

"Sampailah suatu hari, yang bagi RM10 itu datang tengok rumah aku dan persoal rumah yang tidak siap lagi.

"Saya jawab belum kerana tiada duit untuk sambung," jelas Muhammad Ridzuan.

Kemudian katanya, penderma tersebut terus menggelarkannya sebagai penipu kerana telah memberi sumbangan RM10 sebelum ini.

"Saya rasa bingung dan tanya balik dia adakah dia bagi RM10,000.

"Dengan RM10, hendak beli simen pun tak lepas. Saya pun hulur balik RM10 kepada dia," ujar Muhammad Ridzuan.

Perkongsian Muhammad Ridzuan di Facebook itu telah mendapat perhatian warga maya dan menyasarkan akan menyiapkan rumah tersebut pada tahun ini.

View Original Article