Disindir rupa seperti bibik, ibu Zahirah bersuara – “Dia cantik luar & dalam”

Entertainment
9 Jan 2024 • 9:54 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Ibu kepada pelakon Zahirah Macwilson iaitu Maslinda Yusoff tidak melenting apabila anak sulungnya disindir secara terbuka oleh Fathia Latiff baru-baru ini, sebaliknya memuji keperibadian zuriatnya.

Maslinda dalam satu hantaran di laman Instagram berkata, Zahirah Macwilson merupakan seorang yang memiliki keperibadian cantik luar dan dalam, termasuk menjadi seorang ibu.

image is not available

Bukan itu sahaja, Maslinda juga menyifatkan isteri kepada aktor, Aiman Hakim Ridza itu sebagai seorang anak yang bertanggungjawab.

“Kamu (Zahirah) cantik luar dan dalam. Anak, ibu dan isteri penyayang serta mengambil berat.
“Sayang kamu sangat, kak,”tulisnya ringkas pada hantaran di Instagram, semalam.

Sebelum ini, pelakon drama Ariana Rose, Fathia Latiff berpendapat Zahirah Macwilson saling tidak tumpah seperti seorang bibik (pembantu rumah).

Dia berkata demikian ketika menjawab komen peminat dalam siaran langsung media sosial yang mengatakan bahawa Zahirah memiliki kecantikan semula jadi sebagai seorang wanita.

Dalam pada itu, dia turut bersyukur kerana tidak berkahwin dengan Aiman yang menurutnya tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh.

image is not available

Tidak terhenti di situ, Fathia berkata, Zahirah bukanlah pesaing sebenarnya dan dirinya mempunyai kebebasan menyuarakan pendapat seperti mana dinyatakan dengan jelas dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Tegas Fathia, dia juga tidak gentar jika pihak Aiman dan Zahirah mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap dirinya kerana tahu pasangan itu tidak akan berani berbuat demikian.

image is not available

Sebelum ini, Fathia pernah menjalin hubungan cinta dengan Aiman Hakim Ridza sebelum aktor itu berkahwin dengan Zahirah.