Disiplinkan pelajar, kembalikan kuasa merotan pada guru – Akmal Saleh

LocalPolitics
11 Oct 2025 • 4:13 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh, menegaskan kuasa merotan murid perlu dikembalikan kepada guru di sekolah.

“Merotan itu satu bentuk pengajaran untuk diingati apa kesalahan kita supaya menjadi manusia yang beriman di masa mendatang,” katanya ketika mengulas kes empat pelajar Tingkatan Lima merogol pelajar Tingkatan Tiga di sebuah kelas di Melaka minggu lalu.

image is not available

kembalikan kuasa merotan pada guru

Beliau menegaskan, tindakan merotan bukan bertujuan membunuh, sebaliknya sebagai kaedah disiplin.

“Sebab itu kita bersetuju untuk kembalikan semula kuasa merotan pada guru,” tambah beliau.

Terdahulu, media melaporkan kejadian rogol bergilir-gilir itu berlaku kira-kira jam 2.50 petang pada 2 Oktober lalu, ketika mangsa berpatah balik ke kelas di tingkat tiga untuk mengambil bahan projek mata pelajaran Sains yang tertinggal.

image is not available

Mangsa dipercayai diheret masuk ke dalam kelas sebelum dirogol dua suspek, manakala dua lagi rakan mereka menyaksikan dan merakam perbuatan itu menggunakan telefon bimbit.

image is not available

Kejadian terbongkar petang semalam selepas ibu mangsa menerima maklumat mengenai penyebaran video tersebut daripada guru sekolah dan segera membuat laporan polis.

Sumber: FB Akmal Saleh