Diskaun 50 peratus sewa premis di UTC Pasar Sentral Labuan

20 Aug 2023 • 5:33 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

LABUAN: Perbadanan Labuan (LC) mengumumkan pemberian diskaun 50 peratus kadar sewa premis niaga di pasar basah dan kering di UTC Pasar Sentral, selama setahun bermula 1 Jan hingga 31 Dis tahun ini.

Timbalan Pengerusi LC Simsudin Sidek berkata langkah proaktif ini diambil sejajar sikap prihatin dan peka pihaknya terhadap keluhan peniaga kecil mengenai ketidaktentuan ekonomi negara.

Beliau berkata keputusan ini dijangka memberikan kelegaan kepada vendor, sekali gus merangsang pertumbuhan ekonomi dalam masyarakat di Labuan.

“Penjual ikan, ayam segar, daging dan sayuran yang memainkan peranan penting dalam ekonomi tempatan di Labuan telah bergelut dengan pengurangan jumlah perbelanjaan pengguna, menjadikan sukar untuk mengekalkan perniagaan mereka.

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more “Kita percaya dengan pengurangan sewa ini dapat meringankan beban kewangan sekali gus memberi peluang kepada mereka untuk terus mengharungi landskap ekonomi semasa,” katanya kepada pemberita, Sabtu.

Pemberian diskaun itu membabitkan 330 premis niaga dengan melibatkan 223 gerai sayur-sayuran dan buah-buahan, 90 gerai ikan, 14 gerai menjual ayam dan tiga gerai menjual daging. LC telah memperuntukkan sebanyak RM59,400 bagi menampung pemberian diskaun itu.

Sementara itu, peniaga di UTC Pasar Sentral menyambut baik keputusan LC memberikan diskaun 50 peratus kadar sewa premis niaga itu.

Penjual sayur-sayuran Nor Raimah Ajiri, 59, melahirkan rasa syukur sambil berkata: “Pengurangan bayaran sewa akan meringankan kos operasi dan membolehkan kami memberi tumpuan menyediakan produk berkualiti kepada pelanggan.

“Inisiatif ini juga membuktikan pihak berkuasa tempatan amat prihatin terhadap kebajikan kami,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.