Diskaun Mydin untuk pengamal media meliputi produk penjagaan diri

24 Sep 2023 • 8:00 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR – Produk penjagaan diri dan alat tulis merupakan antara barangan yang akan diberikan diskaun khas buat pemegang media sekiranya mereka berbelanja di Mydin.

Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin berkata diskaun istimewa itu diberikan kepada pengamal media yang mempunyai Kad Perakuan Media daripada Jabatan Penerangan sebagai komitmen dan penghargaan pihaknya kepada media yang banyak menyalurkan maklumat dan komunikasi yang tepat kepada masyarakat.

"Antara produk yang diberikan diskaun ialah produk penjagaan diri dan alat tulis. Kami berikan potongan harga bergantung kepada item yang terpilih," katanya kepada Scoop.

Menurut Ameer lagi, pihaknya akan memperincikan berkenaan diskaun istimewa itu menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihaknya pada esok (Isnin).


Hari ini, Mydin menerusi laman X memaklumkan setiap pemegang kad perakuan media yang dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia akan diberikan diskaun khas jika berbelanja di premis tersebut.

Kesemua pemilik kategori kad media seperti penyelaras media, media dalam talian, media antarabangsa, media tempatan dan media rasmi layak menerima diskaun khas tersebut yang diletakkan menerusi program Rakan Eksklusif Mydin. - 24 September, 2023