Diskaun PTPTN, tunggu skrip alasan kerajaan - Wan Fayhsal

Politics
5 Oct 2023 • 12:04 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Hantaran Wan Fayhsal di Facebooknya pada Rabu.

SHAH ALAM - Langkah tidak meneruskan pemberian diskaun pembayaran balik pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) oleh Kementerian Pengajian Tinggi dikritik Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Ketuanya, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal secara sinis turut mendakwa antara skrip alasan yang mungkin digunakan adalah Manifesto Pakatan Harapan (PH) tidak terpakai kerana Kerajaan Perpaduan mentadbir negara ketika ini.

“Skrip kedua pula, itu janji masa harga minyak dulu dan yang tulis Manifesto PH tahun lepas tu kalau harga minyak AS$100 satu tong.

"Tak penat ke kena lagi macam ni?” soalnya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.

Sebelum itu, Menteri KPT Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Hari Akademia dan Bulan Akademia Peringkat Kebangsaan 2023 menyatakan pihaknya tidak bercadang meneruskan pemberian diskaun pembayaran balik PTPTN.

Beliau bagaimanapun berkata, keputusan muktamad berhubung perkara itu tertakluk kepada Kementerian Kewangan.