Diskaun Saman 50%: JPJ Tawar Diskaun Saman 50% Bermula 1 Nov-30 Dis 2025

LocalSales & Promo
27 Oct 2025 • 11:00 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Ada berita baik untuk anda

Ini kerana Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga menawarkan diskaun saman sebanyak 50 peratus bermula 1 November hingga 30 Disember ini.

Perkara itu disahkan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli. Bagaimanapun, menurutnya, diskaun berkenaan terpakai untuk semua jenis saman kecuali yang tidak boleh dikompaun.

image is not available

"Kita menggesa semua rakyat mengambil peluang yang diberi dalam tempoh dua bulan ini bagi menjelaskan saman masing-masing kerana kita akan memulakan diskaun 50 peratus mulai 1 November hingga 30 Disember 2025.

"Ia untuk semua jenis saman, bukan untuk saman AwAS (Saman Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik), Notis Temu Siasat (114) dan Notis Saman Tampal/JPJ(P)23 (115) yang kita gerakkan dari awal tahun lepas, tapi untuk semua jenis saman kecuali saman yang tidak boleh dikompaun iaitu yang perlu dibawa ke mahkamah.

"Orang ramai diharap dapat berbuat demikian kerana mulai 1 Januari 2026 tiada lagi diskaun dikeluarkan kepada umum termasuklah saman JPJ dan saman PDRM," katanya .