Diskaun Saman 50% Pada 30 Julai Sempena Hari Polis Ke 215

29 Jul 2022 • 9:24 AM MYT
Carlist.my Auto News
Carlist.my Auto News

View the latest car news, reviews, videos, and guides for all Malaysians.

image is not available

PDRM telah mengumumkan diskaun 50% saman trafik pada 30 Julai 2022 bersempena dengan Hari Polis ke-215 bagi tahun 2022.


Walau bagaimanapun pengurangan saman itu hanya ditawarkan di menerusi program Road March 2022 yang bakal berlangsung di Dataran Merdeka dari jam 9 pagi hingga 6 petang pada 30 Julai ini.

image is not available

Diskaun Saman 50%

Diskaun saman yang ditawarkan ini tidak melibatkan semua jenis saman trafik, sebaliknya hanya melibatkan saman-saman terpilih sahaja seperti program diskaun saman sebelum ini.

Berikut merupakan antara jenis saman-saman yang dikecualikan daripada menerima diskaun:

  • Saman membabitkan kemalangan
  • Saman berstatus waran tangkap
  • Saman memotong di garisan berkembar
  • Saman tidak mematuhi lampu isyarat merah
  • Saman memotong secara bahaya/potong barisan
  • Saman menggunakan lorong kecemasan
  • Kesalahan yang dikategorikan tidak boleh kompaun (NC)
  • Saman berstatus perbicaraan
  • Saman kesalahan berkaitan kenderaan berat
  • Saman ubah suai ekzos kenderaan

image is not available

 Selain dikaun saman trafik 50%, program Road March 2022 juga bakal menyajikan pengunjung dengan aktiviti menarik dari PDRM pameran asset-aset PDRM, persembahan motosikal PDRM, persembahan dari Unit Payung Terjun 69 Komando dan banyak lagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved