Diskaun Saman PDRM Sehingga 60% Sempena Program Kerajaan Madani!

LocalPolitics
20 Nov 2024 • 7:37 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun kompaun sehingga 60% sempena Program Dua Tahun Kerajaan Madani (2TM). 

Menurut laporan Harian Metro, program ini berlangsung selama tiga hari, bermula Jumaat ini, 22 sehingga 24 November iaitu Ahad di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Kadar diskaun saman PDRM lebih tinggi berbanding tahun lepas

image is not available

Kadar diskaun tahun ini lebih tinggi berbanding pada program tahun lepas iaitu hanya 50% dan perkara ini dikatakan sendiri Setiausaha Bahagian Komunikasi Korporat Kementerian Dalam Negeri (KDN), Fairul Nizam Che Rus.

Kami menyediakan 25 kaunter khas untuk pembayaran saman dari jam 9 pagi hingga 6 petang sepanjang program berlangsung.

Ada perkhidmatan lain turut ditawarkan

image is not available

Selain itu, KDN juga turut mengetengahkan perkhidmatan agensi lain serta menghebahkan kejayaan mereka sepanjang dua tahun dengan Kerajaan Madani dalam aspek keselamatan awam, pengurusan warga asing, dan pintu masuk negara.

Antara pencapaian besar yang dibanggakan ialah Malaysia kini berada di tangga ke-10 Indeks Keamanan Global 2024, meningkat dari tangga ke-19 tahun lalu.

Keamanan ini penting untuk menarik lebih banyak pelaburan ke Malaysia.

Penambahbaikan untuk permudahkan rakyat

image is not available

KDN juga memperkenalkan inisiatif baharu seperti penggunaan kod QR di pintu sempadan Johor-Singapura untuk mempercepatkan urusan keluar masuk. 

Dikatakan sudah hampir 20,000 rakyat Malaysia tanpa dokumen telah berjaya didaftarkan semula dengan kad pengenalan dan sijil kelahiran. Terbaik!

#OhmediaNasihat

Jangan lepaskan peluang untuk manfaatkan diskaun saman ini! Selain membantu kurangkan beban kewangan, inisiatif ini juga menunjukkan usaha kerajaan dalam mempermudahkan urusan rakyat. 

Sentiasa patuhi undang-undang jalan raya, kerana keselamatan anda dan keluarga adalah keutamaan!

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Harian Metro