Diskaun Tol 50 Peratus Diteruskan Bagi Semua Musim Perayaan

LocalPolitics
4 Feb 2025 • 5:27 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kerajaan meneruskan diskaun tol 50 peratus bagi semua musim perayaan tahun ini sebagai langkah menggantikan tol percuma yang diberikan sebelum ini.

Diskaun tol 50 peratus diteruskan

Menurut laporan Kosmo! Online, cara itu akan menjimatkan kos yang terpaksa dibiayai kerajaan terhadap syarikat konsesi sebanyak RM80 juta setahun berbanding RM180 juta jika pemberian tol percuma, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

image is not available

Foto: Bernama

 

Difahamkan, diskaun tol 50 peratus tersebut membabitkan lapan hari setahun untuk empat perayaan utama di Malaysia.

“Pada Tahun Baharu Cina diberikan diskaun 50 peratus dengan keputusan itu dibuat memandangkan rakyat masih memerlukannya (semasa musim perayaan).

“Jadi, kita putuskan sepanjang tahun pada musim perayaan dengan selepas ini Aidilfitri dan seterusnya,” kata beliau pada lawatan kerja di Jalan Persekutuan FT05 Sungai Besar – Sabak Bernam hari ini.

image is not available

Foto: Kosmo! Online

Terdahulu, Kementerian Kerja Raya memaklumkan amalan pemberian tol percuma untuk semua perayaan tidak akan diteruskan lagi bermula tahun ini sebaliknya kerajaan sedang memperincikan pendekatan lebih bersasar.

Sumber: Kosmo! Online (Mohd Yunus Yakkub)