Disney Buang Lebih 1000 Pekerja Bahagian Media Fizikal, Komik dan Kandungan Kreatif

WorldEntertainment
16 Apr 2026 • 10:21 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Disney Buang Lebih 1000 Pekerja Bahagian Media Fizikal, Komik dan Kandungan Kreatif

Disney mengumumkan mereka membuang sekitar 1000 kakitangan yang melibatkan syarikat induk The Walt Disney Company, Marvel Entertainment, Marvel Studios dan Marvel Comics. Ini adalah sebagai sebahagian daripada langkah penstrukturan semula besar-besaran syarikat bagi mengurangkan kos. Tindakan Disney membuang kakitangan adalah mengejutkan kerana tahun lalu ia mencatatkan pendapatan $94.4 billion yang bersamaan peningkatan 3% berbanding 2024.

Image from: Disney Buang Lebih 1000 Pekerja Bahagian Media Fizikal, Komik dan Kandungan Kreatif

Antara yang terkesan ialah keseluruhan kakitangan Disney Home Entertainment yang menguruskan perniagaan media fizikal seperti DVD yang kini semakin susut disebabkan penstriman. Selain itu kakitangan produksi filem & TV, penerbitan komik, operasi francais dan kewangan serta perundangan juga telah dibuang. Disney dilaporkan akan menggunakan pekerja kontrak luaran untuk melakukan tugas pekerja yang telah dibuang.

Disney sudah mengurangkan produksi produksi filem dan TV dari Georgia ke Eropah sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Kos lebih rendah menjadi faktor penggambaran filem The Fantastic Four: First Steps dan Spider-Man: Brand New Day dilakukan di UK. Pada Mei tahun lalu, Presiden Trump mengugut akan mengenakan tarif ke atas studio yang menayangkan filem di Amerika tetapi penggambaran dilakukan di luar negara bagi memastikan industri filem tempatan tidak terjejas.