Disney ‘Hilang’ Hak Cipta Mickey Mouse Versi Awal, Kini Jadi Domain Awam

3 Jan 2024 • 4:03 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pihak Disney difahamkan telah hilang hak cipta Mickey Mouse apabila watak animasi terbabit kini menjadi domain awam mulai 1 Januari 2024.

Hak cipta tamat setelah 95 tahun

Memetik laporan dari BBC, hak cipta versi awal watak animasi berkenaan telah tamat setelah 95 tahun mengikut undang-undang Amerika Syarikat (AS).

image is not available

Hilang hak cipta Mickey Mouse versi awal

Watak ikonik itu memulakan kehidupan sebagai bintang Steamboat Willie iaitu kartun pendek yang dikeluarkan pada 1928.

Ia telah diasaskan oleh seorang ilustrator dan usahawan Walt Disney dan Mickey merupakan simbol kekal bagi jenama berbilion dolar tersebut.

image is not available

Tapi yang baru masih dilindungi

Dalam masa 90 tahun itu, baya taman tema Disney dibangunkan di seluruh dunia dan Mickey Mouse menjadi watak yang cukup terkenal apabila banyak pakaian, peralatan rumah dan juga makanan menjadikan watak animasi itu sebagai paparan.

Karakter Mickey Mouse ‘membintangi’ atau ‘membuat penampilan’ dalam ratusan filem, permainan video dan rancangan televisyen, terutamanya Fantasia dan Get a Horse.

Walau bagaimanapun, undang-undang AS masih lagi melindungi hak cipta sepenuhnya untuk watak animasi berkenaan versi moden.

image is not available

Sumber: BBC