Disney tegaskan pelanggan tak boleh saman mereka atas kematian isterinya, kerana telah bersetuju dengan terma Disney+

WorldBusiness & Finance
17 Aug 2024 • 11:23 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Jeffrey J. Piccolo telah memfailkan saman terhadap Disney selepas isterinya, Dr. Kanokporn Tangsuan, meninggal dunia akibat reaksi alahan teruk selepas makan di Raglan Road Irish Pub and Restaurant di Disney World.

Piccolo mendakwa,pihak restoran gagal memenuhi keperluan alahan isterinya walaupun telah dimaklumkan beberapa kali, sehinga menyebabkan kematiannya.

Disney bagaimanapun berhujah bahawa Piccolo tidak boleh menyaman mereka kerana dia telah bersetuju dengan terma perkhidmatan Disney+ semasa mendaftar untuk percubaan percuma pada tahun 2019.

Terma tersebut termasuk klausa yang memerlukan sebarang pertikaian diselesaikan melalui timbang tara individu, bukan melalui mahkamah.

Peguam mewakili Piccolo menyifatkan hujah Disney sebagai tidak masuk akal dan menyatakan bahawa mendaftar untuk perkhidmatan penstriman tidak sepatutnya melepaskan hak seseorang untuk perbicaraan juri dalam kes kematian salah.

Mereka juga berhujah bahawa Piccolo bersetuju dengan terma tersebut untuk dirinya sendiri, bukan bagi pihak isterinya yang tidak pernah mendaftar untuk Disney+.

Disney menegaskan, mereka hanya mempertahankan diri daripada percubaan untuk memasukkan mereka dalam saman terhadap restoran tersebut, yang mereka tidak miliki atau operasi. Dalam masa sama, Disney menyatakan rasa simpati kepada keluarga Piccolo tetapi pihaknya tetap teguh dengan pendirian undang-undang mereka. – Agensi

View Original Article