Disoal Tentang Perancangan Masa Depan Dengan Syed Saddiq, Bella Astillah Jawab – “Kalau Ada Jodoh Alhamdulillah, Doakan”

EntertainmentPolitics
25 Jun 2025 • 2:10 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Meskipun ramai ingin tahu dan serik diasak persoalan tentang hubungannya dengan Syed Saddiq, pelakon dan penyanyi Bella Astillah memilih untuk mengunci mulut soal masa depan.

Ketika disoal petugas media di perkarangan Istana Kehakiman Putrajaya hari ini, artis kelahiran Sabah itu berkata sebagai wanita, tidak manis baginya untuk berkongsi hal peribadi berkaitan hubungannya dengan Ahli Parlimen Muar tersebur.

Perancangan masa depan saya serahkan kepada Allah. Kalau ada jodoh, alhamdulillah. Bella perempuan, tak manis untuk kongsi apa-apa perancangan masa hadapan. Mohon doakan yang terbaik.

image is not available

Dalam pada itu, Bella sempat berkongsi tentang sikap Syed Saddiq menurut pendapatnya berdasarkan perkenalan mereka berdua selama ini.

Dia memang seorang yang jujur, ikhlas dan berani. Apa yang dia buat selama ini bukan untuk nama, tetapi kerana niat yang bersih. Mungkin ini ganjaran Allah untuk keikhlasan dia selama ini.

image is not available 6 hours ago

"Dia Seorang Yang Sangat Jujur, Ikhlas & Berani" - Bella Astillah