
Agak-agaknya pasangan manakah yang akan didedahkan oleh Dispatch pada awal tahun nanti?
Baru-baru ini, khabar angin telah timbul menyatakan bahawa Park Hyung-sik sedang mempunyai hubungan istimewa dengan Giselle aespa.
Khususnya sebelum ini, Dispatch berkongsi bahawa pasangan antara idola lelaki generasi ke-2 yang merupakan seorang pelakon kini dan idola wanita generasi ke-4, akan didedahkan pada tahun baru nanti.
View this post on Instagram
Oleh itu, ada yang membuat dakwaan bahawa pasangan yang dikatakan adalah Park Hyung-sik dan Giselle sekaligus memuat naik video ketika mereka berdua ‘ditangkap’ menghadiri tayangan perdana filem “Believer 2” bersama pada November lalu.

Bagaimanapun, masih belum ada kenyataan rasmi dari pihak kedua-dua artis mengenai khabar angin tersebut dan peminat rata-rata menganggap bahawa ia adalah dakwaan yang tidak berasas.
Sama-sama kita tunggu la nanti.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post Dispatch Bakal Dedah Hubungan Park Hyungsik Dengan Idola Wanita Ini 2024 Nanti? first appeared on KimchiDaily.my.



