Disuruh Hantar Rayyan Ke Hospital Kerajaan, Rita Rudaini ‘Sound’ Netizen – “Aku Guna Duit Bapak Kau Ke?”

LocalEntertainment
7 Oct 2024 • 12:51 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini tular perkongsian pelakon Rita Rudaini apabila dia mendedahkan terpaksa menanggung kos rawatan anaknya, Rayyan di hospital selepas patah tangan.

Luah Rita, polisi insurans Rayyan yang pernah didaftarkan sejak kecil rupanya sudah tamat hampir 13 tahun selepas pembayarnya berhenti membayar dan tidak mahu memberikan kerjasama untuk menutup akaun tersebut.

image is not available 1 day ago

"Insurans Tu Dah Lapsed 13 Tahun, Malangnya Manusia Yang Buka Akaun Tu Tak Nak Bagi Kerjasama Walaupun Tandatangan Tu Percuma" - Rita Rudaini

Tindakan individu terbabit yang enggan memberikan tanda tangan menyukarkan Rita untuk membuat caruman insurans yang baru untuk Rayyan.

Meskipun ramai bersimpati dengan Rita, namun ada seorang individu yang meninggalkan komen dan menyuruh aktres itu menghantar Rayyan ke hospital kerajaan sahaja.

“Aku guna duit bapak kau ke?”, balas Rita di Instagram seakan-akan berang dengan komen netizen itu.

image is not available

Ikut pada penjaga itu sendirilah nak hantar anaknya ke mana untuk dapatkan rawatan. Sudah tentu itu pilihannya dan pasti dia tahu yang terbaik untuk anaknya. Dia pun dah berbelas tahun besarkan dua anak sendirian kan?

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved