Disyaki Ada Unsur Jenayah! 5 Sekeluarga Ditemui Tak Bernyawa Dalam Rumah

LocalPolitics
17 Feb 2026 • 12:02 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kejadian mengejutkan menggemparkan penduduk Lorong Cherating Damai, Kuantan apabila lima sekeluarga ditemui tak bernyawa di dalam sebuah rumah pagi tadi, dipercayai mempunyai unsur jenayah.

image is not available

Sekeluarga ditemui tak bernyawa pada pagi tadi

Memetik laporan daripada Bernama, Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Ashari Abu Samah mengesahkan insiden tersebut yang dipercayai berlaku sekitar jam 7 pagi dan memaklumkan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.

image is not available

Sekeluarga ditemui tak bernyawa dalam rumah

Menerusi tinjauan daripada sumber, pasukan forensik di dapati masih menjalankan siasatan dan setakat jam 10.10 pagi, kesemua mangsa belum dibawa keluar.

image is not available

Artikel lain: Ditinggal Ibu Pada Usia 4 Hari.. Tiada Lagi Derita, Adik Asyraf Rayyan Meninggal Dunia

Orang ramai termasuk ahli keluarga dilihat berkumpul berhampiran rumah terbabit, manakala polis memasang garisan larangan melintas bagi mengawal keadaan.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman yang turut berada di lokasi dijangka mengadakan sidang media dalam masa terdekat untuk berkongsi maklumat lanjut.

Sumber: Bernama 

The post Disyaki Ada Unsur Jenayah! 5 Sekeluarga Ditemui Tak Bernyawa Dalam Rumah appeared first on Borak Daily.