Disyaki curi kabel milik TM di jalan Gerik-Jeli, polis tahan dua lelaki

LocalPolitics
3 Jan 2025 • 11:19 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

IPOH, 3 JAN: Dua lelaki tempatan ditahan kerana disyaki mencuri kabel Telekom Malaysia (TM) di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Gerik Supt Zulkifli Mahmood berkata kedua-dua suspek berusia 19 dan 23 tahun ditahan secara berasingan oleh anggota petugas dari Balai Polis Bersia yang menjalankan rondaan cegah jenayah.

Beliau berkata tangkapan pertama terhadap lelaki berusia 23 tahun oleh anggota melakukan tugas rondaan cegah jenayah kira-kira 12.45 tengah malam yang menahan sebuah kereta jenis Perodua Aruz dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan menjumpai gumpalan kabel tembaha yang telah dibakar serta beberapa peralatan memotong kabel,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zulkifli berkata hasil siasatan lanjut telah membawa kepada penahanan seorang lagi suspek berusia 19 tahun kira-kira 2 pagi hari sama, di tepi jalan Kampung Bandariang.

Beliau berkata kedua-dua suspek direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan ke bawah Seksyen 431A Kanun Keseksaan.

— BERNAMA

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved