Disyaki Dibunuh, Guru Dan Anak Sulung Ditemui Maut Di Rumah

12 Jun 2025 • 12:04 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang guru wanita dan anak sulungnya berusia 21 tahun, dipercayai menjadi mangsa pembunuhan dalam satu insiden tragis yang berlaku di sebuah rumah teres setingkat di Taman Rambai Mutiara, Bukit Rambai, di Melaka awal pagi Khamis.

Guru dan anaknya ditemui di ruang tamu

Menurut laporan Sinar Harian, kejadian yang dilaporkan berlaku sekitar jam 6 pagi itu menyaksikan guru dan anaknya itu ditemui tidak bernyawa di ruang tamu rumah.

image is not available

Foto: Sinar Harian

Sementara itu, anak lelaki bongsu guru tersebut yang berusia 13 tahun ditemui dalam keadaan berlumuran darah di kawasan garaj rumah, manakala anak kedua mangsa yang berusia 17 tahun baru sahaja pulang ke rumah pada pagi hari kejadian.

Sehingga jam 9 pagi, pasukan forensik polis masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian, yang turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Polis Melaka, Senior Asisten Komisioner Ahmad Jefferi Abdullah, bersama Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) Melaka, Asisten Komisioner Eu Kee Leong.

image is not available

Foto: Kosmo!

Pihak berkuasa masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti motif serta suspek yang terlibat dalam kejadian menyayat hati ini.

Sumber: Sinar Harian

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved