Disyaki Edar Syabu Bernilai Lebih RM 63K, Lelaki Sabah Berdepan Hukuman Mati

10 Aug 2024 • 4:33 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Suspek berdepan hukuman mati kerana disyaki mengedar dadah berbahaya

Disyaki Edar Syabu Bernilai Lebih RM 63K, Lelaki Sabah Berdepan Hukuman Mati. Dilaporkan bahawa seorang lelaki warga tempatan disyaki pengedar dadah berdepan hukuman mati selepas ditahan bersama dadah jenis syabu bernilai RM63,190 dalam serbuan di sekitar bandar di Sabah, pada Rabu lalu.

Suspek yang berusia 48 tahun itu diberkas sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.

image is not available
Disyaki Edar Syabu Bernilai Lebih RM 63K, Lelaki Sabah Berdepan Hukuman Mati

Disertai polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik

Operasi berkenaan turut disertai polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau dan Kunak.

Menurut Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin, apabila berada di lokasi serbuan, pasukan polis terlihat sebuah kenderaan yang berhenti di kawasan parkir.

Suspek yang dilihat keluar dari kenderaan berkenaan dengan memakai beg silang kemudian dihampiri pihak polis dan seterusnya ditahan.

image is not available
Sumber foto: Utusan Borneo

Disyaki dadah jenis syabu seberat 930 gram

Setelah diperiksa lebih lanjut, pihak polis mendapati terdapat satu paket plastik lutsinar berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu seberat 930 gram yang bernilai RM63,190.

Beliau turut berkata, siasatan masih dijalankan bagi memburu dalang terbabit dan suspek didapati positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine.

Tambah beliau lagi, suspek kini ditahan reman mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Lagi berita terkini untuk anda di sini: