Disyaki Khalwat? Pegawai Kanan Kementerian Direhatkan Serta-Merta Untuk Siasatan

LocalPolitics
10 Nov 2025 • 10:46 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang pegawai kanan sebuah kementerian direhatkan daripada tugas serta-merta susulan dakwaan ditangkap khalwat di Kota Kinabalu, Sabah, baru-baru ini.

Tular video pegawai kanan kementerian ditangkap khalwat

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, berkata tindakan itu diambil bagi membolehkan siasatan dijalankan segera berhubung tuduhan salah laku pegawai kanan kementerian yang tular di media sosial sejak semalam.

image is not available

“Saya mengambil maklum mengenai satu kes tuduhan salah laku membabitkan pegawai kanan di sebuah kementerian.
“Sehubungan itu, pegawai terbabit direhatkan serta-merta sementara siasatan dijalankan. Jika hasil siasatan mendapati beliau bersalah, tindakan tatatertib akan diambil selaras dengan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993,” katanya.

Artikel lain: Rahsia 2 Tahun Terbongkar! Wanita Berstatus Isteri Orang Ditangkap Khalwat Dengan Kekasih

Sebelum ini tular satu rakaman video berdurasi 11 saat di media sosial mendakwa seorang ketua usaha (KSU) kementerian ditahan pihak berkuasa agama kerana disyaki berkhalwat.

Shamsul Azri menegaskan kerajaan tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk salah laku atau perlanggaran tatakelola dalam kalangan penjawat awam.

image is not available

Sementara itu, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, isu pegawai kanan kementerian berkenaan perlu diserahkan kepada pihak berkuasa untuk disiasat mengikut peraturan sedia ada.

“Saya diafahamkan perkara ini dalam siasatan KSN dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA). Jadi kita beri ruang untuk proses siasatan dijalankan dengan adil dan mengikut peraturan perkhidmatan awam,” ujarnya

Sumber: Harian Metro

The post Disyaki Khalwat? Pegawai Kanan Kementerian Direhatkan Serta-Merta Untuk Siasatan appeared first on Borak Daily.