Disyaki Tak Tahan Bunyi Bising, Jiran Naik Angin Hentak Pintu Rumah

16 Jul 2023 • 5:33 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Tular di media sosial rakaman video menunjukkan seorang lelaki menyerang rumah jiran dipercayai kerana tak tahan dengan bunyi bising.

Menerusi satu hantaran oleh pengguna Facebook Eysz Seventhx di kumpulan B40 Buat Perangai Apa Harini, lelaki tersebut dilihat naik angin memegang objek menghentak pagar rumah sementara tuan rumah berada di dalam.

image is not available

Mereka dilihat saling bertengkar mulut sambil diperhatikan jiran tetangga. Namun tak dapat dipastikan punca pergaduhan kerana audio tak jelas merakam percakapan mereka.

Di akhir video, tuan rumah dilihat membuka pintu grill besi dan sempat menghayunkan penumbuk mengenai muka individu tersebut.

image is not available

Setakat ini, tak dapat dipastikan lokasi penuh dan masa kejadian ini berlaku. Laporan penuh bakal menyusul. Tonton video di sini.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

View Original Article