Ditawar Jadi Penaja, Logo PERODUA Bakal Terpampang Di Jersi Man United?

LocalFootball
13 Feb 2025 • 4:07 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Syarikat automotif tempatan, PERODUA ditawar jadi penaja kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) Manchester United.

Pengerusi PERODUA, Tan Sri Asmat Kamaludin mendedahkan pihaknya sedang menilai tawaran daripada juara EPL 20 kali itu.

image is not available

Foto: Buletin TV3

“Baru-baru ini, saya ada menerima surat daripada Manchester United yang bertanya sama ada mereka boleh memaparkan logo PERODUA pada jersi mereka dan sama ada kami berminat untuk menaja mereka,”

“Saya biasanya tidak berkongsi perkara seperti ini secara terbuka, tetapi secara peribadi, saya sebenarnya penyokong Arsenal. Kalau saya buat begitu, rasa macam tak adil untuk Arsenal,” katanya secara berseloroh.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Kejohanan Siri Golf Amatur Kebangsaan di Saujana Golf and Country Club, Petaling Jaya hari ini.

image is not available

Foto: Facebook Manchester United

Menurut Asmat, minat daripada kelab bola sepak ternama seperti United menunjukkan PERODUA semakin dikenali di peringkat antarabangsa.

“Kami akan mempertimbangkannya, terutama untuk bola sepak di Malaysia,” tambah beliau ketika ditanya mengenai minat syarikat tersebut dalam penajaan sukan khususnya bola sepak tempatan.

Sekiranya kerjasama ini terlaksana, PERODUA akan menyertai senarai syarikat automotif antarabangsa seperti Chevrolet dari Amerika Syarikat dan Hyundai dari Korea Selatan yang pernah menjalin kerjasama dengan kelab berprestij berkenaan.

Sumber: Buletin TV3