Ditayang: GWM Tank 500 HEV, Tempahan Sudah Dibuka, Harga Anggaran RM350K

LocalCars
15 Apr 2025 • 4:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

GWM Malaysia memperkenalkan sebuah lagi SUV off-road, GWM TANK 500 HEV, ke pasaran tempatan, semalam.

Untuk itu, pihak GWM Malaysia telah membuka tempahan awal untuk GWM TANK 500 HEV, dengan harga anggaran di bawah RM350,000.

image is not available

SUV off road mewah dengan 7 tempat duduk ini menggabungkan rekaan moden dengan keupayaan off-road yang canggih.

image is not available

Dari segi dimensi, ia berukuran panjang 5,078mm, lebar 1,934mm, tinggi 1,905mm, serta jarak roda 2,850mm.

Model ini dikuasakan oleh enjin hibrid 4-silinder turbo 2.0 liter bersama transmisi automatik hibrid 9-kelajuan.

Ini membolehkan GWM TANK 500 HEV menjana kuasa gabungan sebanyak 255 kW (346PS) dan tork 648 Nm.

Menjengah bahagian kabinnya, GWM TANK 500 menerapkan , ciri-ciri premium yang membuatkan ia menjadi tumpuan utama.

Ini kerana tempat duduknya dibaluti dengan kulit NAPPA, ada sistem audio Infinity, pemijak sisi elektrik, serta tempat duduk hadapan dengan fungsi urut dan pengudaraan,

Apa yang lebih penting ialah ia hadir dengan skrin infotainmen bersaiz 14.6 inci, ada sokongan Android Auto, Apple CarPlay, kluster instrumen digital 12.3 inci, 12 speaker dan banyak lagi.

image is not availableimage is not available

Difahamkan, GWM TANK 500 menawarkan 11 mod pemanduan, termasuk ciri inovatif seperti TANK Turn, yang membolehkan pusingan ketat di ruang sempit.

Ia juga hadir dengan sistem 4WD pintar dengan M-Lock, casis lutsinar dan bantuan pemanduan L2+ menjadikan ia SUV hibrid serba mewah.

image is not available

Malah, aspek keselamatan turut diberi keutamaan melalui struktur badan kukuh dan enam beg udara.

Pelanggan ditawarkan tiga pilihan warna eksterior yang menarik: Crystal Gray, Hamilton White, dan Sun Black.

image is not available

Bagi yang berminat, ia didapati secara eksklusif di 14 pengedar GWM terpilih di seluruh negara.

Untuk keterangan lanjut, layari gwm.com.my.