Ditegur Gelojoh Buat Reviu Makanan, ‘Influencer’ Tampil Mohon Maaf – “Janganlah Sampai Menghina Fizikal Saya”

Food
3 Jan 2023 • 12:37 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Terdahulu, seorang pempengaruh media sosial telah mendapat perhatian orang ramai selepas membuat reviu makanan di sebuah restoran makanan western.

Menerusi video yang tular di laman Twitter, pempengaruh itu dilihat menjamu selera hidangan daging bersama kuah sehingga meleleh ke mulut dan telah mengundang perdebatan netizen.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial telah menegur cara pempengaruh itu menikmati makanan kerana dianggap terlalu berlebihan dan gelojoh.

Bukan itu sahaja, ada juga segelintir pihak yang meminta pempengaruh itu untuk menjaga pemakanan dan mengambil makanan yang lebih sihat.

image is not available

Tampil memohon maaf, influencer yang dikenali sebagai Rifdi Amri itu mengakui kesilapannya dan menerima segala teguran yang diberikan.

Malah, Rifdi turut berkata dia akan cuba untuk mengubah gaya reviu makanan agar kelihatan lebih sopan dan berkualiti.

Bagaimanapun, pempengaruh itu memohon agar orang ramai untuk menghentikan penghinaan terhadap fizikal tubuh badannya.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 hari lalu

“Selekeh Nak Mamp*s” - Netizen Loya Cara ‘Influencer’ Reviu Makanan, Nasihat Untuk Turunkan Berat Badan