Ditegur Makin Cantik, Netizen Syak ‘Hidayah’ Buat Pembedahan Plastik ‘Adjust’ Mata

4 Sep 2023 • 5:37 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pelakon dan pelawak, Lee Se Young atau lebih dikenali sebagai ‘hidayah’ dalam watak Daebaking kembali menjadi bualan hangat ramai apabila dia dipercayai membuat pembedahan plastik buat kali kedua.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Se Young di laman Instagramnya, ramai tergamam melihat perbezaan wajahnya berbanding dengan sebelum ini.

Sebelum ini, media Korea mendedahkan Se Young pernah memberitahu dia mengamalkan diet ketat selain melakukan senaman komprehensif selain menjalani beberapa prosedur kecantikan.

Bukan itu sahaja, ada khabar angin mendakwa Se Young turut melakukan pembedahan pada bahagian rahang dan hidung selain suntikan filler dan botoks pada bahagian hidung.

Tindakan itu dilakukan disebabkan tertekan dengan komen netizen sering mengkritik wajahnya yang tidak cantik seperti aktres Korea yang lain.

image is not available

Buat pembedahan plastik lagi ke

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dapat merasai Se Young membuat pembedahan plastik buat kali kedua pada bahagian wajahmya.

image is not available image is not availableimage is not available image is not available

Terdahulu, nama Se Young pernah popular di Malaysia berkenaan watak ‘Hidayah’ menerusi laman sosial Daebaking yang sering berkongsi hantaran parodi dalam Bahasa Melayu.

image is not available

Sumber: Instagram @seyoung

View Original Article