Ditegur pelat berbahasa Melayu, Leona anggap cara bercakap dah sempurna

17 Apr 2024 • 5:12 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pempengaruh yang juga anak selebriti Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona ditegur pelat berbahasa Melayu berikutan penularan videonya di media sosial, baru-baru ini.

Bagaimanapun, Leona beranggapan caranya bertutur dalam bahasa Melayu adalah normal dan sudah sempurna buat dirinya.

image is not available

Leona pelat cakap Melayu?

Leona dalam hantaran di TikTok berkata, dia sering menerima komen daripada warganet tentang cara dia berkomunikasi dalam bahasa Melayu.

Ujar gadis berusia 22 tahun, dia agak terkejut apabila orang mengatakan dia tidak fasih bertutur dalam bahasa ibunda.

“Saya dapat banyak komen yang macam ini. Bagi saya, cara saya cakap dalam Bahasa Melayu adalah normal. Kawan-kawan saya pun rasa begitu.

“Tapi bila saya muat naik video dan cakap Bahasa Melayu, orang cakap saya pelat dan tak fasih.
“Bagi saya inilah cara saya bercakap. Saya agak terkejut bila ada orang mengejek cara saya bercakap,”katanya.

image is not available

Tak apa, nanti fasih

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan oleh warganet antaranya ada yang tidak bersetuju dengan kenyataan Leona.

Mereka beranggapan ia adalah normal kerana terdapat segelintir masyarakat juga tidak fasih bertutur dalam bahasa Melayu tetapi tidak bagi bahasa Inggeris.

Walau bagaimanapun, mereka tetap memberi semangat buat gadis itu agar lebih berlatih bertutur dalam bahasa Melayu.

image is not available image is not available image is not available

Sumber: TikTok @leonathe2nd