Ditembak Ketika Berucap, Shinzo Abe Dikhuatiri Meninggal Dunia

8 Jul 2022 • 12:03 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, 67, dikhuatiri meninggal dunia selepas ditembak oleh seorang lelaki tidak dikenali ketika memberikan ucapan ditepi jalan di Nara, lapor AFP yang memetik laporan media tempatan.

Agensi Penyiaran Kebangsaan, NHK berkata seorang lelaki berusia pertengah 40-an telah ditahan atas cubaan membunuh dan senjata api turut ditemui bersamanya.

Ketika kejadian, Abe dilaporkan sedang memberi ucapan di tepi jalan di depan sekumpulan orang awam sebelum kedengaran bunyi letupan, seakan bunyi tembakan.

”Dia sedang memberi ucapan sebelum seorang lelaki datang daripada belakang.

”Tembakan pertama bunyi seperti tembakan pistol mainan. Dia (Abe) tidar terus jatuh. Tembakan kedua lebih jelas, asap dan percipan api jelas kelihatan.

”Selepas tembakan kedua, orang ramai mula mengerumuninya dan memberikan bantuan awal,” kata salah seorang saksi ditempat kejadian.

Abe dilapor rebah dan mengalami pendarahan yang bermula daripada kawasan lehernya, menurut sumber daripada parti diwakilinya, LDP, ketika bercakap dengan agensi berita Jiji.

Tiada respon daripada pihak berkuasa mahupun LDP berkenaan laporan tersebut buat masa ini.

NHK dan Kyodo melaporkan Abe telah dikejarkan ke hospital dan berkemungkinan dirawat dibawah ”cardo-respiratory arrest”, satu terma yang digunakan media Jepun dipercayai merujuk kepada keadaan dimana seseorang itu menunjukkan tanda-tanda sudah tidak bernyawa, biasanya tindakan awal sebelum pengesahan kematian dibuat oleh koroner.

Beberapa media juga melaporkan bahawa Abe kelihatan ditembak daripada belakang.

Abe merupakan Perdana Menteri Jepun yang paling lama berkhidmat iaitu selama setahun pada 2006 dan kali kedua pada 2012 hingga 2020, sebelum terpaksa meletakkan jawatan atas faktor kesihatan.

Sumber: AFP

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved