Ditemui Di Tepi Surau Sekolah, Guru Dilapor Meninggal Dunia

12 Oct 2022 • 9:22 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Ditemui Di Tepi Surau Sekolah, Guru Dilapor Meninggal Dunia

Ditemui dalam keadaan tersandar pada kerusi kayu, seorang guru didapati meninggal dunia di tepi surau Darul Furqan di Sekolah Kebangsaan (SK) Tunku Ismail di Sungai Petani hari ini.

Memetik laporan Kosmo!, kejadian itu disedari selepas salah seorang rakan setugasnya kebetulan melalui kawasan berkenaan sebelum menemui lelaki berusia 47 tahun terbabit sekitar jam 10.45 pagi tadi.

Difahamkan, mangsa yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam dan sudah berkahwin itu bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) sejurus dibawa ke dalam surau berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, tiada sebarang unsur jenayah dikesan ke atas tubuh badan mangsa selepas pemeriksaan dijalankan.

“Pemeriksaan awal dengan guru sekolah itu juga mendapati mangsa tidak pernah mengadu sakit selain tidak mengalami simptom Covid-19.

“Mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarganya,” jelasnya.

Tambahnya, mangsa dipercayai meninggal dunia berikutan mengalami komplikasi jantung.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” jelasnya menerusi Kosmo!.

Sumber: Kosmo!