Ditemui Terbaring Di Hadapan Sebuah Kedai Makan Di Miri, Lelaki Disahkan Maut

8 Sep 2024 • 8:38 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Mangsa ditemui tidak sedarkan diri dihadapan kedai makan

Ditemui Terbaring Di Hadapan Sebuah Kedai Makan Di Miri, Lelaki Disahkan Maut. Dilaporkan bahawa seorang lelaki yang merupakan pemain veteran bola keranjang telah disahkan meninggal dunia selepas ditemui tidak sedarkan diri terbaring di hadapan sebuah kedai makan di Pusat Komersial Pelita Miri, pada pagi Jumaat lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu, mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri kira-kira jam 11 pagi.

image is not available
Ditemui Terbaring Di Hadapan Sebuah Kedai Makan Di Miri, Lelaki Disahkan Maut

Kes disiasat di bawah laporan mati mengejut

Beliau berkata dalam satu kenyataan media bahawa kes ini disiasat di bawah laporan mati mengejut dan kini masih dalam siasatan pihak polis.

Dalam masa yang sama, Alexson menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dan menularkan isu-isu sensitif di media sosial yang mana ia boleh menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat tempatan.

Jelasnya lagi, pihak polis amat menghargai segala maklumat dan perkongsian yang diberikan oleh masyarakat.

Lagi berita terkini untuk anda di sini: