Diterajui Cha Eunwoo & Park Gyuyoung, ‘A Good Day To Be A Dog’ Tayang Oktober Ini

Entertainment
22 Aug 2023 • 10:41 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Siap sedia semua untuk tonton drama baru berjudul “A Good Day to be a Dog”!

Untuk pengetahuan, diterajui Cha Eun-woo, Park Gyu-young dan Lee Hyun-woo, “A Good Day to be a Dog” adalah drama percintaan antara seorang wanita yang ingin memecahkan sumpahan yang mengubahnya menjadi anjing pada setiap subuh dan seorang lelaki yang takut dengan anjing.

Dalam drama ini, Cha Eun-woo membawa watak sebagai Jin Seo-won, seorang yang takut anjing kerana kejadian masa lalu yang dia sendiri tidak ingat. Manakala Park Gyu-young akan berperan sebagai Han Hae-na, seorang guru yang cantik dan bijak. Bagaimanapun, selepas mencium rakan gurunya Jin Seo-won, dia menghadapi krisis terbesar dalam hidupnya.

Terbaru, MBC telah mengumumkan bahawa drama itu akan mula ditayangkan pada Oktober ini setiap hari Rabu, dengan 14 episod secara keseluruhan.

Sama-sama kita nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

View Original Article