Diterajui Go Kyungpyo & Kang Hanna, Episod Awal ‘Frankly Speaking’ Raih Rating Teruk

Entertainment
4 May 2024 • 10:50 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

“Ianya kelakar tapi sayang, rating rendah”

Begitulah tanggapan segelintir penonton selepas menonton dua episod awal “Frankly Speaking” yang diterajui oleh Go Kyung-pyo dan Kang Han-na.

Episod awal ini membawa semua menelusuri kehidupan berombak Song Ki-baek iaitu seorang pembaca berita tengah hari yang dibuang kerja selepas melakukan kesalahan memalukan stesen penyiaran. Kemudian, dia menerima sokongan On Woo-joo, seorang penulis rancangan hiburan dalam misinya untuk menegakkan keadilan.

Meskipun jangkaan tinggi diberikan kerana dibintangi dua pelakon hebat namun episod awal drama ini hanya mampu meraih rating rendah sebanyak 1.9% dan 2% sahaja. Malah ia juga tersenarai rendah berbanding program yang bersiaran dalam slot tayangan sama.

image is not available

Walau bagaimanapun, ramai yang menaruh harapan tinggi supaya “Frankly Speaking” menerima respon lebih hangat selepas ini kerana plot yang kelakar.

Korang tonton tak?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.